Mesir & Rampasan Kuasa Presiden

Peristiwa2 di Asia Barat sentiasa menjadi perhatian masyarakat dunia kerana di situlah berlakunya pertembungan Islam dan kufur. Revolusi, jatuh bangun kerajaan, perang, minyak antara isu2 yang selalu dilaung2kan di sana.

Belum pun reda isu perang di Syria, kini timbul pula rampasan kuasa di Mesir. Ini tidak lain selain mahu melenyapkan kuasa dari terus dipegang oleh kelompok yang mendokong Islam di samping mahu mengalihkan perhatian masyarakat dunia dari isu sebenar.

Demokrasi ibarat berhala yang dibuat daripada bijian kurma. Apabila mereka rasa senang, mereka sembah berhala tadi, apabila mereka merasa lapar, mereka akan makan ‘berhala’ tadi.

Bagi musuh Islam, slogan demokrasi hanya digunakan ketika Islam tidak kuat. Gerakan Islam dibenarkan menyertai demokrasi, jalan yang bagi musuh Islam lebih selamat daripada berperang dengan umat Islam. Namun, apabila gerakan Islam kuat, memenangi pilihanraya dan menguasai pemerintahan negara, mereka menjadi tidak tentu arah, maka tiada lagi slogan demokrasi sebaliknya yang ada hanyalah ‘demo-basi’.

Pengalaman gerakan Islam Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria dan Parti Refah di Turki menjadi bukti demokrasi hanya slogan kosong. Kemenagan FIS melalui sistem pilihanraya pada 1990 dirampas dengan alasan yang dibuat2, begitu juga di Turki, meskipun menang melalui sistem pilihanraya pada 1995, berlaku rampasan kuasa oleh tentera kerana kononnya tindakan kerajaan dibawah pimpinan Erbakan bertentangan dengan perlembagaan sekular Turki.

Kita meyakini dengan sepenuh hati, meskipun di sana ada sepuluh kali rampasan kuasa, sepuluh kali re-election sekalipun, Dr Mursi akan terus memenanginya (dengan izin Allah SWT-insyAllah). Persoalan yang lebih penting, bagaimana selepas kemenangan tersebut? Apakah semua pihak akan menerimanya termasuk kelompok sekular-nasionalis di Mesir? Apakah ada jaminan keselamatan? jawapan yang belum ada jawapannya namun kita dapat agak kali ini tidak semudah sebelumnya.

Apa pun yang berlaku, sebagai seorang Islam, kita meyakini selagi ada jalan pendamaian untuk memperjuangkan Islam, maka kita tetap akan memilih jalan tersebut meskipun ianya hanya ‘indah khabar dari rupa’. Kita juga mesti meyakini inilah ujian, mehnah dan tribulasi dalam menjunjung perjuangan suci Islam, tidak pernah sunyi dari kesusahan dan kepayahan yang berduri.

Cahaya Islam akan terbit, dan Allah SWT akan menyempurnakan cahayaNya suatu hari nanti. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada pejuang Islam di Mesir, Syria, Turki, Palestine, Malaysia dan seluruhnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s